erfansaat

Monday, May 22, 2006

ARTIKEL DARI INTERNET

DDAFTAR M 11 Zulkaedah 1422
Tun Dr Mahathir bin Mohamad Tun Dr Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.Beliau adalah anak kepada Encik Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi. Pada masa itu, mereka telah pun mempunyai lapan orang cahaya mata. Anak bongsu ini dinamakan Mahathir bin Mohamad yang kini dikenali sebagai Tun Mahathir bin Mohamad iaitu Perdana Menteri Malaysia yang keempat mulai 18 Julai 1981 sehingga 30 September 2003 menggantikan Tun Hussein Onn. http://www.geocities.com/tokoh_agung/TokohPMMahathirbinMohammad.htm
Sultan Mahmud Syah Sultan Mahmud Syah II yang juga dikenali sebagai Sultan Mahmud mangkat dijulang dilahirkan pada 1675 dan merupakan cucu Sultan Alauddin Riayat Shah II, penubuh Kesultanan Johor. Menurut catatan Tuhfatul Nafis dikarang Raja Haji pemerintah Bugis, Sultan Mahmud Syah II yang sedang diusung di atas julang dalam perjalanannya untuk menunaikan solat Jumaat telah dibunuh oleh Panglima Betan, Megat Seri Rama yang membalas dendam atas kematian isterinya yang sedang mengandung akibat perintah sultan. Kematian Sultan Mahmud Syah II pada tahun 1699 menjadikan terputusnya pemerintah keturunan Melaka dan tampuk pemerintahan diambil alih oleh Bendahara Abdul Jalil. Menurut Hikayat Negeri Johor serta Pahang MS, bendahara Abdul Jalil telah membunuh semua isteri Sultan Mahmud kecuali Che Mi yang lepas lari ke Minangkabau dan melahirkan Raja Kechil. Pada 21 March 1717 Raja Kechil dengan angkatan Minangkabau menyerang dan mengalahkan kerajaan Johor. Sultan Sulaiman Syah kembali merampas takhta dengan bantuan orang-orang Bugis pada tahun 1722 dan Raja Kechil berundur ke Siak dan menubuhkan kerajaan baru di Siak.
Main Puteri Main Puteri dianggotai oleh dua watak utama iaitu Tuan Puteri dan tok minduk yang bermain rebana. Ketika Tuan Puteri lupakan diri, semangat halus akan meresap kedalam tubuh Tuan Puteri dan tok minduk akan menyoal makluk halus tersebut untuk memastikan punca penyakit. Main Puteri akan dimainkan selama satu sehingga tiga malam untuk tujuan berubat penyakit disebabkan oleh rasukan maklus halus, hilang semangat, ketidak seimbangan tenaga dalaman, dan juga oleh gangguan angin (kehendak yang tidak dipenuhi.) Main Puteri diiringi oleh peralatan musik sama dengan Mak Yong seperti rebab (alat musik bertali tiga),.gendang dua kepala, dan tetawak.
Marhaban Marhaban merupakan lagu-lagu pujian kepada Nabi Muhamad dan dinyanyikan dalam Bahasa Arab. Lihat juga Qasidah.
Mak Yong Mak Yong merupakan salah satu permainan tradisional yang masih lagi digemari oleh orang ramai dan kini ianya dipersembahkan dalam bentuk taridra untuk pertunjukan di peringkat antarabangsa. Pada masa dahulu permainan ini dipersembahkan selepas sahaja orang-orang kampung selesai menuai padi di bendang. Mak Yong dapat didefinisikan sebagai satu bentuk drama-tari Melayu yang mengabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang gayakan, muzik vokal dan instrumental lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama tari ini dipertontonkan terutamanya di Pattani dan Kelantan. Persembahan Mak Yong biasanya dimainkan atau dilakonkan oleh sekumpulan pemain yang profesional. Dalam permainan Mak Yong, watak utama adalah Pak Yong - watak lelaki yang dimainkan oleh wanita, Mak Yong - watak wanita utama, sepasang pelawak dikenali sebagai peran, sepasang inang, dan pelbagai watak penyokong seperti dewa, semangat, jin, gergasi, pegawai istana, dan haiwan.Persembahan Mak Yong diiringi oleh alat musik seperti seperti rebab (alat musik bertali tiga),.gendang dua kepala, dan tetawak. http://www.geocities.com/budayadunia/BudayaMelayuMakYong.htm
Malaikat Malaikat merupakan sejenis makluk yang dibuat oleh Allah daripada nur 'cahaya', oleh itu mereka boleh dikatakan sebagai sejenis makhluk yang terdiri daripada tenaga tulin 'pure energy' dan tidak dapat dibayangkan dengan fikiran manusia. Malaikat tidak mempunyai jantina dan jumlah malaikat yang sebenarnya adalah tidak diketahui, tetapi sebahagian daripadanya adalah seperti berikut :-
Malaikat
Peranannya
Jibrail
Menyampaikan perutusan wahyu.
Mikail
Pengagih rezki.
Israfil
Meniup sangkakala.
Izrail
Pencabut nyawa.
Malik
Penjaga pintu neraka.
Riduan
Penjaga pintu syurga.
Rakib
Pencatat kebajikan.
Atid
Pencatat kejahatan.
Munkar
Penjaga kubur.
Nakir
Penjaga kubur.
Malaria Sejenis penyakit yang sering berlaku di kawasan tropika dan separuh tropika, terutama di kawasan berhutan di tengah dan selatan Amerika, kawasan tengah Afrika, Asia, dan selatan Eropah. Ia disebarkan oleh nyamuk anopheles betina, yang bertelur di dalam air berpaya yang bertakung. Malaria mendapat nama daripada perkataan Itali membawa erti "Angin Jahat". Ubat kuini digunakan untuk mengubat Malaria di jumpai pada abad ke 16, dihasilkan daripada kulit pokok cinchone.
Marikh Salah satu daripada sembilan planet dalam Sistem Suria. Jarak purata Marikh dengan matahari adalah 227.9 juta kilometer. Lebih lanjut mengenai penerokaan Marikh di - http://www.mars2030.net/
Matahari Matahari merupakan bintang terdekat dengan bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan sembilan buah planet membentuk sistem suria. Matahari mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C. Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. Cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke bumi dan cahaya matahari yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta. Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada gas panas menukar jisim hidrogen kepada jisim helium melalui tindak balas nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu. Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 berbanding jisim air. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai konstant solar menyamai 1.37 kilowatt semeter persegi setiap saat. Matahari berputar 25.04 hari bumi setiap putaran dan mempunyai graviti 27.9 kali graviti bumi. Terdapat julangan gas teramat panas yang boleh mencecah sehingga 100,000 kilometer ke angkasa. Marakan matahari 'sun flare' ini boleh mengganggu gelombang komunikasi seperti radio, tv dan radar di bumi dan mampu merosakkan satelite atau stesyen angkasa yang tidak dilindung. Matahari juga menghasilkan gelombang radio, gelombang ultra-lembayung,sinar infra-merah, sinar-X, dan angin suria yang merebak keseluruh sistem suria. Bumi dilindungi daripada angin suria oleh medan megnet bumi, sementara lapisan ozon pula melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung dan sinar infra-merah. Terdapat tompokan hitam yang wujud dari masa ke semasa pada matahari yang disebabkan oleh perbezaan suhu dipermukaan matahari. Tompokan hitam itu menandakan kawasan yang kurang panas berbanding kawasan lain dan mencecah keluasan melebihi saiz bumi. Kadang-kala peredaran bulan mengelilingi bumi menghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi, oleh itu mengakibatkan kejadian gerhana matahari berlaku.
Menara Condong Pisa Menara Condong Pisa merupakan menara loceng untuk gereja Pisa di Tuscany, Itali. Menara Condong Pisa mula dibina pada tahun 1173 dan condong semasa dalam pembinaan menyebabkan pembinaannya tergantung selama satu abad. Pembinaanya disambung pada 1275 dengan tingkat ketiga dan kelima dibina senget untuk mengurangkan kecondongannya. Menara Condong Pisa dibina dalam bentuk Romanesque daripada marmar putih dan berbentuk bulat setinggi lapan tingkat dan condong hampir 17 kaki ataupun 5 darjah. Usaha mengatasi kecondongannya termasuk mengepam air dari dalam tanah, mencucuk simen ke asas menara, dan termasuk memasang kabel besi sebagai sauh, berjaya memperlahankan kecondongannya tetapi sekiranya Menara Condong Pisa menjadi lurus siapa pula yang mahu datang melawat?
Meningitis Meningitis ialah radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit ini disebabkan oleh serangan virus atau bakteria. Meningitis disebabkan bakteria lebih merbahaya dan yang paling merbahaya adalah disebabkan oleh neisseria meningitides atau meningokokus. Penyebab lain penyakit ini ialah streptococcus piieumoniae atau pneumokokus. http://www.geocities.com/alam_penyakit/PenyakitMeningitis.htm
Meteor Meteor bermula sebagai objek yang berterbangan di angkasa lepas dengan kelajuan tinggi. Terdapat banyak objek seperti itu dalam sistem suria. Ia dikenali sebagai komet apabila ia memasuki atmospera dan terbakar akibat geseran dengan molekul udara membentuk bintang berekor yang dapat dilihat merentasi langit pada waktu malam. Meteor juga jatuh pada waktu siang tetapi tidak kelihatan dengan jelas disebabkan pancaran cahaya matahari yang bersinar. Saiz meteor berbeza daripada butiran pasir sehingga sebesar asteroid yang mempunyai saiz berbatu-batu besarnya. Disebabkan kelajuannya yang tinggi, semua meteor merupakan ancaman kepada satelite dan stesyen angkasa yang berada di angkasa. Ini disebabkan meteor yang kecil pun mampu menyebabkan kerosakkan yang teruk akibat kelajuannya yang tinggi itu. Tambahan pula tiadanya lapisan udara yang dapat melindungi objek di angkasa itu. Meteor bersaiz kecil akan habis terbakar sebelum sampai ke bumi, tetapi meteor bersaiz besar mampu mendatangkan bencana alam ke bumi. Kesan kawah meteor yang dijumpai membuktikan bahawa bumi pernah dihentam oleh meteor yang bersaiz besar yang mengakibatkan banyak kemusnahan akibat hentaman meteor itu. Selain itu, debu yang terhasil menghalang sinaran cahaya matahari ke bumi dan menyebabkan banyak tumbuhan mati. Akibat ketiadaan cahaya matahari, bumi menjadi sejuk dan perubahan suhu mendadak menyebabkan kepupusan kepada banyak kehidupan seperti yang dapat dibuktikan melalui penyelidikan fosil haiwan purbakala. Malah dinasour dipercayai pupus akibat sebiji meteor yang terhempas yang menyebabkan perubahan iklim menyeluruh di bumi. Kawah Barringer di Amerika Syarikat dipercayai wujud apabila meteorite seberat 50,000 tan menghentam bumi kira-kira 40,000 tahun dahulu mempunyai keluasan garis pusat 1.6 kilometer (1 batu), sedalam 500 kaki dalam. Sebuah meteor seberat 60 tan pula pernah menghentam Grootfontein, Afrika Barat Daya. Sebutir meteor besi dijumpai di Greenland mempunyai berat 36 tan. Debu yang terhasil akan ditiup angin lalu berterbangan keseluruh dunia dan turun bersama salji dan hujan.
Mona Fendey Nama asalnya Maznah Ismail. Pernah menggemparkan masyarakat Malaysia apabila ditangkap kerana membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang. Selepas mengeluarkan RM300,000 untuk upacara menggandakan duit, Datuk Mazlan telah ditetak pada lehernya dan dilapah kepada 18 bahagian sebelum ditanam di dalam lubang di stor rumah dan ditimbus dengan simen. Mona Fendi, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak dan mereka dihukum gantung pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001.
Mozart Nama penuh Mozart adalah Johannes Chrysostomus Wolfgangus Theophilus Mozart.
MSC MSC atau dikenali sebagai Koridor Raya Multi Media merupakan kawasan selebar 15 kilometer dan 50 kilometer panjang yang bermula daripada KLCC merentas keselatan sehingga ke KLIA dan dirasmikan pada 27 Jun 1998 dengan sasaran pembangunan selama 20 tahun.
Musytari Salah satu daripada sembilan planet dalam Sistem Suria dan merupakan planet terbesar dengan jisimnya menyamai 2.5 keseluruhan jisim planet lain dalam sistem suria. Nama Inggerisnya adalah 'Jupiter'. Jarak purata Musytari dengan matahari adalah 778.3 juta kilometer dengan garis pusat 142,984 kilometer. Setahun Musytari bersamaan 11.86 tahun bumi. Sehari di Musytari bersamaan 9.84 jam bumi. Jisimnya adalah 318 kali bumi dengan daya graviti sebanyak 2.34 kali bumi. Suhu permukaan awan mencecah -150°C dan Musytari mempunyai 16 bulan. Musytari mempunyai teras berbatu, tetapi kebanyakan jisimnya terdiri daripada gas dalam pelbagai bentuk. Sistem angin gergasi menjadikan Musytari kelihatan berbelang-belang. Teras Musytari terdiri daripada batu sebesar 2 kali bumi, mantle dalam daripada hidrogen metalik 'Metallic hydrogen' , mantle luar daripada cecair hidrogen dan helium. Udara Musytari terdiri daripada 90% hidrogen, 10% helium, sedikit gas methane, ammonia, dan wap air. Terdapat putaran tompokan merah gergasi pada permukaan udara Musytari yang lebih besar daripada saiz bumi. Musytari berputar dengan ligat menyebabkan ia lebih lebar dibahagian khatulistiwa menjadikan hampir bujur. Empat bulan terjauh mengorbit arah bertentangan bulan lain.
Musytari mempunyai gegelang daripada habuk. Tarikan graviti Musytari menyusun habuk halus di bahagian luar gegelang sementara habuk kasar berhampiran dengan Musytari. Gegelang Musytari terputus-putus disebabkan orbit bulan Musytari menarik habuk yang berada di orbit yang sama. Sesetengah bulan Musytari pula menarik gegelang Musytari ke atas dan ke bawah apabila mereka mengorbit Musytari. Pergerakan ini menyebabkan batu dalam gelang Musytari bergesel dan berlanggar antara satu sama lain menyebabkan ia hancur menjadi habuk yang halus.
Nama Bulan
Garis Pusat
Jarak ke Musytari
Kilometer
Batu
Kilometer
Batu
Metis
40
25
127,960
79,528
Adrastea
20
12.5
128,980
80,162
Almathea
200
124
181,300
112,679
Thebe
100
62
221,900
137,912
Io
3,630
2,256
421,600
262,026
Europa
3,138
1,950
670,900
416,967
Ganymede
5,262
3,270
1,070,000
665,009
Callisto
4,800
2,983
1,883,000
1,170,292
Leda
16
10
11,094,000
6,894,966
Himalia
180
112
11,480,000
7,134,866
Lysithea
40
25
11,720,000
7,284,027
Elara
80
50
11,737,000
7,294,592
Ananke
30
19
21,200,000
13,175,885
Carme
44
27
22,600,000
14,045,991
Pasiphae
70
43
23,500,000
14,605,344
Sinope
40
25
23,700,000
14,729,645

- TAMAT -

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, dari Nabi SAW, yang bersabda : " Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat.
Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat.
Barangsiapa yang menutup keaipan seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaipannya di akhirat. Dan Allah selalu menolong hambaNya, selagi hambaNya berusaha menolong saudaranya.
Barangsiapa yangmenuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga. Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarainya antara sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat., di kelilingi oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada sesiapa yang di sisiNya. Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya. "
Koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya Matan Arba'in.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home